Jam 5.30 pagi dah tersedar......hmmm, nasib baik hari ni, aku dah siap2 ambil cuti....byk program yang dah aku plan hari ni....nak menyelesaikan hal2 peribadi...macam2....walau macam manapun, tak sabar nak jumpa buah hatiku petang ni......Rindu sesangat.....walaupun baru semalam dia bermalam di rumah babahnya......Ntahlah....semakin dia membesar, semakin terasa kesunyian jika dia tak berada di depan mataku, dialah kawan..dialah penghibur hatiku.....walau kadang2 kenakalan dia buat aku geram sesangat.......yang aku tahu, dia pantas memenangi hatiku semula, andai kata dia tahu aku tengah marah atau naik angin dengan kenakalannya.......mesti dia cakap....sambil menangis.....'Mummy, Haiqal nak peluk mummy'.....macamana hati tak hiba bila melihat akan dia........Adik!!!Mummy sayang adik sangat2.....
Menitis air mata, bila setiap kali dia berkata-kata.....'mummy, kita tak ada babah......, tak ada abg...., tak ada kakak......, tak ada teacher......tak ada auntie Sue'.......walaupun usia dia tak sampaipun 4 tahun...dia semacam memahami apa yang di namakan kesunyian....pantas aje aku menutupi kata-katanya dengan ayat2, 'tak apalah,....adikkan ada mummy, mummy pun ada adik.....mummy sayang adik'.......Setiap hari bila aku menghantar die ke taska, aku pastikan tidak lupa untuk memberitahunya yang aku menyayangi dia dan merindui dia sentiasa dan memesan akan dia supaya mendengar kata teachernya dan jangan nakal......memang itulah rutinku sebelum ke pejabat, pasti akan kuluangkan masa yang agak lama dengannya hanya untuk memeluk dia dan mencium dia......biar dia tahu dan faham, yang dia..sentiasa dekat di hati mummynya.
Di hujung minggu, aku cuba untuk luangkan masa dengannya samada di luar atau di rumah. Jika di luar, dia biasa memintaku membelikan dia alat permainan.....akan kucuba memenuhi permintaan dia, dan minatnya yang teramat sangat adalah pada kapalterbang, dah pelbagai jenis kubelikan dia......permintaan yang ini satu, memang jarang untuk kumenolaknya.....tetapi, bukan semua yang aku penuhi, andaikata permainan lain yang dia telah miliki...akan kuterangkan padanya yang aku tak akan membelikannya lagi disebabkan dia telahpun memiliknya....kecuali jika dia belum pernah memilikinya.....Alhamdulillah, dia mudah mendengar kata-kata dan alasan yang aku berikan dan akhir-akhir ini, dia dah banyak tolerate dari segi apa yang boleh dan apa yang tidak boleh......Malahan sekarang ini, aku dah mulai memberitahu dia, jika keluar aku tidak akan membelikan permainan untuknya lagi disebabkan aku perlukan duit tersebut untuk membeli buku2 dan keperluan sekolah dia dan selalunya aku akan memancing cerita untuk menghantar dia ke sekolah dan cuba untuk menanam minatnya kepada buku2 dan alat tulis persekolahan......heh3, and lately.....diapun selalu cakap denganku....'Mummy, Haiqal dah besar...Haiqal dah tak pakai pampers lagi....Haiqal dah nak pergi sekolah, kan Mummy???' Lega hati aku......dia dah makin faham....kenapa dan mengapa......tambah2 bila aku berjanji dengannya yang aku akan membawanya menaiki kapalterbang(sebenarnya dah lama aku tak membawa dia bercuti dan menaiki kapal terbang....dah nak masuk setahun...dulu2 masa umurnya 2 tahun lebih...kerap juga aku membawanya menaiki kapal terbang ke KL untuk berjalan2....).....Dah lama sangat dia memintanya......setiap kali bila dia melihat kapal terbang di dalam TV maupun setiap kali bila melintasi pangkalan TUDM Kuantan, setiap kali terpandangkan heli.....itulah permintaanya......Hmmm...plannya nak bawak dia ke KB menziarahi sahabat baik ku(Cika) dalam bulan Julai nanti...InsyaAllah....doakan rezeki kami.....Of coz, mestilah fly ke KLIA dulu then baru ke KB...sebabnya Kuantan ni, tak ada direct flight ke tempat lain...just to Penang and KLIA dear......no more to Subang....dulu2...both of us fly to Subang je......Itulah.....lau aku out station ke KL...selalunya, drive or naik bas aje.....abis2...lau drive...2jam setengah dah sampai....dengan bas, 4 jamlah......tulah Fire fly dah stop service ke Subang.....hu3....tak berbaloi dengan keuntungan dialah tu......
Oklah.....dah jam 8.20 am.....got to go now, ada masa aku citer lagi ek..adik, mummy rindu adik sangat2!!!!!!
.